星洲网
星洲网
星洲网 登入
Newsletter|星洲网 Newsletter 联络我们|星洲网 联络我们 登广告|星洲网 登广告 关于我们|星洲网 关于我们 活动|星洲网 活动

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

国家语文出版局

1天前
1天前
1星期前
4星期前
1月前
2月前
5月前
9月前
1年前
1年前
1年前
1年前
1年前
跨语文和单位合作!  砂拉越分局与星洲日报携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月的第3个星期二推出。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Apresiasi dan Motivasi dalam Sajak “Dian Ilmu” dan “Dugaan Kehidupan” Oleh: Mohamad Faizal Jamil Sajak “Dian Ilmu” karya Gabriel Sia Ngiu Xun merupakan sebuah karya yang bersahaja dan menyentuh hati. Dalam sajak ini, penulis menyanjung tinggi seorang insan yang bergelar guru. Penulis telah memilih sebuah sajak yang bertemakan nasihat. Hal ini dapat dilihat lewat bait-bait sajak tentang betapa pentingnya mentaati dan menghormati seorang guru yang telah berkorban masa dan tenaga menuangkan ilmu kepada setiap anak didiknya. Sajak ini terbahagi kepada tiga bahagian. Setiap rangkap pula mempunyai empat baris seperti sebuah pantun. Pada bahagian pertama diawali oleh penulis dengan ekspresi tentang keberadaan seorang guru itu. Kemudian pada bahagian kedua, penulis menggambarkan keupayaan seorang guru dalam mendidik anak bangsanya. Pada bahagian ketiga pula dijelaskan betapa pentingnya menghormati dan menerima nasihat seorang guru. Pada rangkap awal, penulis menggambarkan betapa pentingnya kesungguhan dalam menerima setiap ilmu yang disampaikan oleh seorang guru melalui ungkapan, “suara deklamasi mengisi ruang/kupasangkan kuping pada ajaran guru”. Penulis juga menganggap guru sebagai penunjuk arah seperti dalam ungkapan “dia umpama pelita hidup/menerangi kabut nubari anak didik”. Pada rangkap seterusnya, penulis menggambarkan guru bukan sahaja sebagai seorang pembimbing tetapi peranannya umpama seorang ibu yang mendidik anak-anaknya tentang ilmu, sahsiah dan akhlak. Perkara ini dapat dilihat melalui ungkapan “guru ibarat bonda”. Penulis kemudian menitipkan sebuah nasihat pada rangkap akhir agar jangan sesekali mengabaikan jasa dan pengorbanan seorang guru yang mulia. Segala nasihat dan keringat yang dicurahkan pasti akan melahirkan insan yang berjaya seperti dalam ungkapan “tuangan ilmunya kunci kejayaan”. Dalam erti kata yang lain, seorang guru sebenarnya mampu memanusiakan seorang manusia! Walaupun sajak ini agak singkat, namun penulis setidak-tidaknya berjaya menyelitkan unsur-unsur retorik dalam sajaknya. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan metafora yang cantik seperti “membias cahaya bagi yang sesat dan gelincir”. Manakala dalam sajak ini juga terkesan penggunaan unsur personifikasi pada ungkapan “dia umpama pelita hidup” dan “dia umpama sinar di tengah kegelapan”. Sekurang-kurangnya ia berjaya memberikan kemanisan untuk ramuan sajak ini dari sebu dan mendatar sifatnya. Saya beranggapan bahawa penulis telah menghasilkan sajak ini dalam persekitaran bilik darjah atau pekarangan sekolahnya. Suasana sebegini sudah tentu dapat mempengaruhi pemikiran dan menjelmakan ilham tentang jasa dan bakti seorang guru. Oleh itu, dari awal hingga rangkap yang terakhir, penulis begitu memuja dan menyanjung jasa dan bakti gurunya. Sajak “Dugaan Kehidupan” karya Godwin Lee Shi Yu pula merupakan sebuah sajak yang menggambarkan tentang proses kematangan setelah melalui dugaan dan rintangan dalam kehidupan seorang insan. Sajak ini bertemakan perjuangan dan motivasi diri. Penulis cuba mengajak pembaca untuk berfikir tentang kronologi kehidupannya dan mengetengahkan pemikiran bahawa setiap dugaan pasti mampu mendewasakan seseorang. Sajak ini ditulis dalam 3 rangkap. Rangkap pertama dan kedua masing-masing mempunyai 4 baris kecuali rangkap yang terakhir, iaitu 5 baris. Ketiga-tiga rangkap ini menggambarkan kronologi sebuah kehidupan dan sudah pastinya yang dialami oleh penulis sendiri barangkali. Pada rangkap pertama, penulis menyatakan tentang halangan dan rintangan yang dilaluinya. Kemudian rangkap yang kedua pula menceritakan tentang kejayaan mengharunginya dan akhir sekali pada rangkap yang ketiga, penulis menemui sesuatu yang […]
2年前
2年前
2年前